Amerika Bakal Laksana Lebih Banyak Rangsangan, US Dolar Pamer Penyusutan

351

Sentimen risk-on kembali menghiasi pasaran pada awal Julai yang menyaksikan dagangan matawang utama didagangkan lebih tinggi berbanding dolar greenback.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dalam keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Perwakilan AS pada Selasa, menyatakan kesediaan untuk melakukan lebih banyak untuk ekonomi negara itu dalam memerangi kejatuhan disebabkan coronavirus.

Mnuchin memberitahu bahawa beliau sedang bekerjasama dengan Dewan Perwakilan dan Senat untuk meluluskan lebih banyak rangsangan coronavirus menjelang akhir bulan Julai, sementara Powell pula mengatakan Fed mungkin menurunkan tahap pinjaman minimum di bawah program pinjaman Main Street pada masa akan datang.

Indeks dolar menyusut kepada 97.38 pada sesi New York, tetapi diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen, membawanya ke paras ketinggian 2 minggu pada 108.16 ketika sesi Asia hari ini.

Euro meraih manfaat dari kemerosotan US dolar, dengan melonjak ke paras harga 1.2622 pada sesi New York sebelum didagangkan di sekitar 1.2380 pada awal dagangan sesi Asia.

Pasangan matawang pound berbanding US dolar kembali pulih dengan mencatat peningkatan sekitar 140 pips pada sesi sebelumnya, meskipun disajikan dengan laporan berkaitan Brexit menunjukkan rundingan perdagangan UK-EU akan berakhir tanpa perjanjian.

Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier menuduh UK membuat tuntutan yang tidak masuk akal berhubung perkhidmatan kewangan, dengan mengatakan negara itu cuba mendapatkan akses mudah ke pasaran tunggal EU.

Sementara itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan rancangan untuk membangunkan kembali ekonomi Britain, di mana Menteri Kewangan Rishi Sunak akan menetapkan pelan untuk fasa pertama pada minggu hadapan.

Di sisi lain, sentimen positif turut menyokong dagangan dolar Aussie dan kiwi untuk kembali melonjak dengan mempamerkan prestasi terbaiknya berbanding US dolar, ditambah lagi dengan data PMI pembuatan Caixin China yang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat