Amerika Bakal Rekod 200,000 Kematian Kes COVID-19 Dalam Masa Singkat!

2,670

Hingga ke hari ini, Amerika Syarikat masih kekal menjadi negara nombor 1 dunia paling terjejas akibat COVID-19. Negara kuasa besar itu telah mencatatkan sebanyak 142,735 kes dengan kematian seramai 2,489 individu.

Pada semalam, Dr Anthony Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan negara tersebut bakal merekodkan angka kematian sehingga 200,000 dengan jutaan kes!

Hal ini demikian kerana wabak pandemik itu seakan-akan tidak mampu lagi untuk dikawal bahkan ditangani! Hanya dalam masa sehari iaitu semalam, COVID-19 di Amerika Syarikat telah mengorbankan seramai 2,197 nyawa dengan peningkatan kes sebanyak 125,300.

Persoalannya, jika jangkaan ini benar-benar berlaku, adakah Presiden Donald Trump akan tetap bertenang? Atau mula memikirkan bahawa isu ini adalah sesuatu yang serius?

Selain itu, kebanyakan individu di negara itu dilaporkan telah kehilangan sumber pendapatan sejak wabak pandemik itu mengganas. Wilayah yang paling terkesan ialah ibu kota New York. Oleh yang demikian, terdapat sebuah inisiatif yang diambil oleh organisasi bukan kerajaan atau kebajikan dengan mewujudkan bank makanan.

Melalui bank makanan ini, orang ramai akan diberikan dengan bungkusan buah oren, kentang manis, bawang, susu yang telah disteril serta beberapa tin tuna dan salmon di beberapa buah pusat pengedaran yang telah ditetapkan seperti pasar terbuka di Washington Heights.

Menurut sebuah organisasi kebajikan, beratus-ratus individu telah datang pada hujung minggu untuk mengumpul makanan di salah sebuah pusat pengedaran. Walau bagaimanapun, mereka tetap mengamalkan langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka untuk perlindungan dan menjaga jarak antara satu sama lain serta mematuhi arahan sukarelawan yang bertugas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat