Amerika Syarikat dan China Akhirnya Memeterai Perjanjian Bersejarah!

923

Amerika Syarikat dan China menandatangani perjanjian fasa pertama mereka pada Rabu setelah 18 bulan menghadapi perang dagang yang telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Perjanjian yang membabitkan dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu dianggap sebagai permulaan baru yang turut disambut baik oleh pelabur.

Bagaimanapun, dolar Amerika gagal memanfaatkan peluang untuk meraih keuntungan apabila didagangkan mendatar berbanding yen dan susut berbanding matawang utama lain selepas perjanjian itu ditandatangani.

Walaupun perjanjian tersebut berjaya dimeterai, masih timbul keraguan dalam hubungan dua negara itu berikutan perjanjian tersebut didapati gagal menangani isu-isu ekonomi utama yang mendorong kepada konflik itu sebelum ini, malah tarif yang telah memperlahankan ekonomi global pula tidak dihapuskan sepenuhnya.

Sentimen meningkat susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan A.S Steven Mnuchin bahawa China telah bersetuju untuk memenuhi komitmen pembelian barangan A.S dan akan ada penghapusan tambahan tarif dalam perjanjian fasa 2, yang mana Naib Presiden A.S Mike Pence memberitahu ia sudah pun mula dirundingkan.

Antara matawang yang paling banyak meraih manfaat daripada termeterainya perjanjian ini adalah dolar Australia dan New Zealand yang terus mempamerkan peningkatan berbanding US dolar sejak sesi New York.

Majlis menandatangani perjanjian malam tadi menyaksikan Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa tarif akan ditarik balik jika perjanjian fasa 2 mencapai kesepakatan. Beliau turut memuji perjanjian tersebut dengan menyifatkannya sebagai lebih komprehensif daripada hanya pembelian pertanian.

China dilaporkan akan membeli $75 bilion untuk import pembuatan, $50 bilion import tenaga, $50 bilion barangan pertanian dan $40 hingga $50 bilion untuk import perkhidmatan dari Amerika Syarikat.

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping melalui surat yang diutuskan kepada Trump memuji perjanjian itu sebagai tanda bagaimana kedua-dua negara dapat menyelesaikan perbezaan antara mereka dengan dialog.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat