Amerika Syarikat Sah Berundur Dari WHO Pada Julai 2021

423

Setelah 70 tahun menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), akhirnya Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk mengundur diri, berkuatkuasa pada 6 Julai 2021.

Keputusan tersebut telah dibuat pada Mei lalu oleh Presiden Donald Trump susulan tuduhan beliau terhadap pertubuhan itu sebagai boneka China sepanjang pandemik COVID-19.

Pentadbiran Trump telah menyerahkan notis satu tahun penarikan keahlian dan membayar kesemua bayaran Washington di bawah persetujuan U.S Congress pada 1948. Buat masa sekarang, AS masih berhutang sumbangan dengan WHO lebih $200 juta.

Tindakan ini telah mengundang pelbagai kritikan daripada pelbagai organisasi terutama calon presiden Parti Demokratik, Joe Biden yang berjanji akan membatalkan keputusan itu jika terpilih sebagai presiden.

Kes coronavirus di seluruh dunia hampir mencecah 12 juta dengan lebih 540,000 kematian, menjadikan tindakan itu hanya melumpuhkan usaha dunia untuk menangani wabak itu.

Timbalan presiden, Mike Pence menyifatkan keputusan tersebut merupakan langkah yang baik memandangkan WHO telah mengecewakan seluruh dunia dengan memenangkan China.

Sebelum ini Trump telah menyekat dana WHO pada April. Manakala pada 18 Mei, menerusi surat rasmi, Trump memberi tempoh 30 hari kepada WHO untuk membuat pembaharuan.

Dilaporkan Secretary General Antonio Guterrres sedang memproses notis penarikan keahlian, mengikut syarat penarikan yang dikenakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat