Amerika Syarikat Semakin Tertekan – Tuntutan Pengangguran AS Cecah 26 Juta Dalam Tempoh 5 Minggu!

376

Hanya dalam masa lima minggu,kesemua penciptaan pekerjaan yang dicatat dalam ekonomi Amerika Syarikat selama tempoh 11 tahun hilang dalam sekelip mata.

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan perniagaan-perniagaan terpaksa ditutup berikutan perintah berkurung oleh kerajaan sebagai langkah bagi membendung pandemik ini. Penutupan banyak sektor peniagaan telah menyebabkan ramai rakyat Amerika terpaksa memohon faedah pengangguran negeri. Pada minggu lalu, sebanyak 4.427 juta tuntutan pengangguran baru sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini.

Jika dijumlahkan semua angka yang dicatat dalam 4 laporan tuntutan pengangguran yang lepas, jumlah rakyat A.S yang memohon pengangguran selama 5 minggu sebelumnya adalah sebanyak 26.45 juta. Angka yang dicatat ini secara tidak langsung telah menghapus peningkatan penambahan pekerjaan yang berjumlah 22.442 juta yang dicatat sejak November 2009.

Penganalisis berpendapat bahawa 5 minggu angka jumlah pekerja yang hilang pekerjaan sehingga menghapus pertambahan pekerjaan selama 1 dekad bukanlah sesuatu berita yang baik.

Laporan NFP pada bulan Mac menunjukkan kejatuhan sebanyak 701,000, kejatuhan pertama sejak 2010 dan terburuk sejak Mac 2009. Kadar pengangguran melonjak kepada 4.4% daripada 3.5%.Ketua pegawai pelaburan di Bleakley Advisory Group, Peter Boockvar mengatakan bahawa beliau optimis bahawa kadar tuntutan pengangguran berkemungkinan perlahan untuk beberapa negeri berikutan perintah berkurung yang semakin longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat