Amerika Tuduh Warga Rusia & Venezuela Salah Guna Kripto Untuk Seludup Minyak!

144

Dua warga Venezuela dan lima warga Rusia didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat susulan menyalahgunakan mata wang kripto untuk memberi manfaat kepada pemerintah Rusia.

Menurut laporan, defendan telah menyeludup berjuta-juta tong minyak daripada Petroleos de Venezuela (PDVSA) untuk Rusia dan China dan ‘mencuci’ wang berpuluh-puluh juta dolar melalui urus niaga mata wang kripto.

Defendan Rusia yang dimaksudkan adalah Yury Orekhov, Svetlana Kuzurgasheva, Timofey Telegin, Sergey Tulyakov dan Artem Uss, iaitu anak kepada gabenor wilayah Rusia.

Menurut DOJ, Orekhov merupakan pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nord-Deutsche Industrieanlagenbau GmbH (NDA GmbH) iaitu sebuah syarikat swasta berpangkalan di Jerman yang terlibat dalam perdagangan peralatan serta komoditi industri.

Diperjelaskan, NDA GmbH ditugaskan bagi membeli teknologi ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sistem peluru berpandu, radar dan satelit.

Selain itu, pihak berkuasa AS turut mendakwa warga Venezuela yang dikenali sebagai Juanfe Serrano telah menjadi perantara dengan syarikat milik kerajaan Venezuela.

Secara konteks, defendan tersebut telah menggunakan kurier dari Rusia dan Amerika Latin bagi menerima sejumlah wang tunai yang akan ditukarkan kepada mata wang kripto untuk mencuci hasilnya.

Mereka turut membuat perancangan rumit dalam mendapatkan teknologi ketenteraan AS dan minyak yang disekat Venezuela secara tidak sah melalui syarikat Shell serta mata wang kripto, ulas Peguam AS Daerah Timur New York, Breon Peace.

Dalam pada itu, Orekhov dan Uss ditahan di Jerman dan Itali sementara menunggu prosiding ekstradisi atas permintaan Amerika Syarikat yang berkemungkinan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat