GBPUSD – Analisa Mingguan 12 Sept – 16 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Jika diperhatikan, terbentuknya pattern ‘Three Inside Down’ di Zon Key Resistance. Ia biasanya terjadi di pengakhiran trend.
Ini menunjukkan mood bullish akan bertukar arah ke bearish. Tim analisa menjangkakan GBPUSD berpotensi membuat sedikit retrace sebelum meneruskan downtrend.
Jika breakout Key Resistance minggu ini, ia kemungkinan akan menguji Zon Key Resistance yang lebih besar iaitu 1.3450/80.
EURUSD – Analisa Mingguan 12 Sept – 16 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Pada minggu lepas, EURUSD berjaya membuat new ‘HL’ dan menyebabkan ‘Pin Bar’ terbatal. Kini kelihatan ia masih berada dalam mood uptrend.
Minggu ini, EURUSD masih berada di Zon MagicPivot weekly sejak semalam lagi.
Tim analisa menjangkakan jika EURUSD berjaya breakout harga 1.1150/40 ia berpotensi menukar arah dari Bullish ke Bearish.
Jika tidak melepasi ‘HL’ terdekat, EURUSD berpotensi menguji Key Resistance dan membuat new ‘Higher High/HH’.