Analisis Fundamental dan Sentimen Matawang USD Untuk Hari Ini (16 Julai 2018)

1,684

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Tekan di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedah seperti jangkaan kepada 1.75-2.00%.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI, Unemployment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC: Aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
  • FOMC: Data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah telah meningkat, sementara pelaburan tetap perniagaan terus meningkat dengan kukuh.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 2.8 peratus pada bulan Mei.
  • Ekonomi AS melonjak sebanyak 2.0% tahunan pada suku pertama 2018. Menurun dari 2.9% suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, yang paling rendah sejak April 2000 dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 3.8 peratus.
  • Purata pendapatan meningkat 0.2 peratus pada bulan Jun selepas meningkat 0.3 peratus pada bulan Mei. (Terkesan kepada inflasi)
  • Jualan runcit meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Jun untuk mencapai jangkaan pasaran. (Terkesan kepada GDP)

PLAN: BUY USD

  • Gabenor FED iaitu Powell mengatakan bahawa ekonomi U.S. berada di tempat yang sangat baik. Dari segi inflasi, beliau menyatakan bahawa ia secara beransur-ansur bergerak dan bergerak mendekati sasaran bank pusat FED.
  • Data ekonomi tumpuan FED berada dalam keadaan memberangsangkan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat