Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (12 November 2018)

211

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang hawkish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 4 Disember 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 63).
  • RBA mengulangi bahawa inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan para pembuat dasar berkata ramalan untuk pertumbuhan ekonomi pada 2018 dan 2019 akan menaik.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.9% tahun ke tahun pada suku ketiga 2018 daripada 2.1% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.0% untuk bulan September daripada 5.3% pada bulan sebelumnya.

PLAN: SELL AUD

  • Data PPI China melemah dari sebelumnya. Juga, PBOC hari ini melemahkan matawang Yuan berbanding USD.
  • RBA mengatakan tiada sebab yang kukuh untuk perubahan kadar faedah buat masa terdekat ini.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat