Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (15 Mei 2019)

175

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang hawkish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 4 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Para pembuat dasar yakin bahawa kadar inflasi 2019 akan mencecah sekitar 2% ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna Australia perlahan kepada 1.3% pada suku tahun pertama 2019 daripada 1.8% pada suku tahun sebelumnya dan di bawah sasaran pasaran 1.5%.
  • Kadar pengangguran yang diselaraskan di Australia meningkat sehingga 5.0% pada Mac 2019 daripada paras terendah dalam tempoh lapan tahun iaitu 4.9 peratus pada bulan sebelumnya dan jangkaan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH AUD.

  • RBA mengurangkan unjuran pertumbuhan KDNK 2019 kepada 2.75% daripada anggaran awal sebanyak 3%, di tengah ketidakpastian yang datang daripada penggunaan isi rumah dan penurunan harga hartanah.
  • Pasaran Asia merosot hampir paras 4 bulan terendah berikutan kebimbangan mengenai kesan ekonomi perang perdagangan AS-China.
  • Data ekonomi China merosot untuk April.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat