Analisis GOLD – Adakah Sudah Tiba Masanya Untuk Emas Merobek Zon $1,830?

1,496

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya terus catat lonjakan menyambung momentum pada penghujung minggu lalu sehingga memasuki ke zon rintangan tumpuan pada 1830.00.

Lonjakan tersebut juga dilihat telah mencipta paras tertinggi dalam tempoh masa 9 minggu yang terakhir kali dicapai pada awal September dan masih gagal lagi untuk ditembusi sejak dagangan Julai.

Dalam pada itu, paras ketinggian itu dilihat seperti sedang membentuk corak HH (higher high) dan masih kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat trend bullish.

Dek kerana dolar greenback yang masih diheret lemah susulan melihatkan situasi pasaran yang semakin pulih telah menyebabkan permintaan kepada raja matawang itu sebagai safe-haven semakin berkurangan.

Selain itu, kemerosotan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang kekal didagangkan di bawah paras 1.50% turut memberi tekanan kepada US dolar dan menjadi faktor yang menyokong harga emas melonjak tinggi.

Kegusaran pasaran terhadap langkah yang ingin dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) juga telah membuatkan pelabur lebih tertarik kepada emas menjelang terbitan data inflasi AS pada Rabu.

Sekiranya USD kembali catat pengukuhan berikutan bacaan positif pada data NFP baru-baru ini dan jangkaan kadar inflasi AS yang meningkat boleh memberi semula tekanan kepada dagangan emas.

Penurunan harga bakal menyaksikan cubaan untuk sekali lagi menguji paras sekitar 1813.00 atau zon RBS (resistance become support) pada 1800.00 sebelum terus menyusut ke paras lebih rendah.

Namun pelabur dijangka akan melihat reaksi pergerakan harga emas pada zon rintangan untuk sentuh 1830.00 bagi menilai sama ada paras itu mampu untuk mengekang lonjakan harga atau sebaliknya.

Andai kata zon rintangan 1830.00 pada kali ini berjaya untuk dirobek, sudah semestinya ia akan menguatkan jangkaan penganalisis untuk harga emas berpotensi capai sasaran seterusnya berkemungkinan menuju ke 1850.00.

Lihar gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat