Analisis GOLD – Apa Jadi Lepas Emas Menjunam Semula?

1,112

Dagangan emas berikan kejutan pada pelabur minggu ini apabila corak kenaikan yang dipamerkan disajikan dengan penurunan mendadak harga pada sesi New York semalam.

Jika dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, harga pada mulanya telah berjaya membuat kenaikan ke paras ketinggian 1959.00. Paras ini juga adalah tertinggi dicapai sejak dagangan awal September 2020.

Harga kemudiannya pamerkan terjunan semula hampir 600 pips sehingga ke paras tumpuan 1900.00. Sebaik sahaja mencecah ke zon RBS (resistance become support) tersebut, harga pantul semula untuk menutup dagangan sesi New York sekitar zon harga 1920.00.

Pergerakan harga di sesi Asia dan Eropah pada Khamis dilihat lebih perlahan dengan ketiadaan arah yang masih jelas.

Penurunan harga emas dilihat dipengaruhi faktor pengukuhan US dolar yang didorong oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun. Selain itu, ketegangan rusuhan di Capitol selepas pilihan raya Georgia berakhir dengan kemenangan berpihak pada Demokrat turut dipantau.

Jika penurunan harga diteruskan, zon RBS 1900.00 akan kembali diuji untuk harga cuba menembusinya.

Penurunan di bawah paras tersebut bakal mendorong kejatuhan lebih rendah harga emas untuk pandangan para pelabur.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, harga perlu melepasi semula zon harga 1938.00 sebelum ke paras ketinggian yang dicapai pada Rabu.

Seterusnya barulah kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sehingga menuju paras 1975.00 sebelum ke zon tumpuan utama harga iaitu pada paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat