Trader Garu Kepala, Emas Terjun Bebas

7,522

Emas bergelut untuk mempertahankan keuntungan hariannya dengan didagangkan mendatar di sekitar paras harga $1,920 per auns pada awal sesi Eropah.

Harga emas telah mencatatkan penurunan drastik sekitar 2.5% setelah menokok ke paras tertinggi sejak 9 November pada $1,959 per auns pada Rabu susulan peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Kemenangan parti Demokrat dalam pemilihan Senat di Georgia telah menguatkan lagi harapan pasaran untuk lebih banyak langkah rangsangan akan dilaksanakan oleh AS.

Namun begitu, ia gagal mempengaruhi dagangan logam kuning itu untuk meningkat lebih tinggi.

Hal ini kerana, jangkaan pinjaman kerajaan yang lebih besar telah mendorong penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk melonjak ke atas paras 1% buat pertama kali sejak Mac 2020.

Peningkatan ini telah membantu menyokong dagangan dolar greenback untuk bangkit dari paras terendah hampir 3 tahun yang direkodkan pada hari Rabu, menyebabkan pegangan terhadap emas dilepaskan.

Sementara itu, rusuhan keganasan oleh penyokong Presiden Donald Trump d Capitol Hill, di mana ahli parlimen bersidang untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya 2020 juga dilihat gagal mempengaruhi dagangan safe-haven emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat