Analisis GOLD – Dah Tembus $2,050, Emas Nak Capai $2,070 Pula?

1,484

Pergerakan turun naik harga emas bertambah rancak pada dagangan Khamis semalam yang semakin membuatkan para pelabur teruja di penghujung minggu.

Ini disebabkan lonjakan ketara harga yang telah dipaparkan di sesi New York semalam hingga mencapai paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Namun sebelum lonjakan itu berlaku, harga emas pada mulanya pamerkan penurunan terlebih dahulu.

Jika diperhatikan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga yang berlegar di bawah zon 2050.00 telah membuat penurunan agak ketara sehingga mencecah semula ke zon 2030.00.

Pelabur pada mulanya melihat sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bearish susulan penurunan tersebut turut membuatkan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.

Namun sebaik menguji seketika zon 2030.00, harga membuat lonjakan drastik menembusi 2050.00 susulan faktor penyusutan ketara yang berlaku ke atas US dolar di sesi New York.

Paras tertinggi terbaru dicapai di sekitar ketinggian 2065.00 sebelum harga berundur sedikit untuk menutup dagangan penghujung sesi di paras 2055.00.

Pergerakan harga kekal mendatar perlahan di paras penutupan tersebut sehingga bersambung pada sesi Asia dan Eropah hari ini.

Tumpuan kini terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi dan bakal mempengaruhi pergerakan emas.

Jika harga terus melonjak, kenaikan dijangka akan mencapai ke paras 2070.00 untuk terus catatkan paras ketinggian terbaru selepas ini.

Namun jika harga menjunam semula di bawah 2050.00, berkemungkinan harga emas berisiko untuk alami penurunan semula menuju kembali zon 2030.00.

Itu antara zon-zon tumpuan terhampir buat dagangan emas untuk pergerakan di penutup sesi-sesi akhir minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat