Analisis GOLD – Emas Bersinar Terang, Nilai Lonjak Hingga $60!

722

Jangkaan suram terhadap komoditi emas minggu lalu akhirnya kembali memancarkan sinar harapan kepada pelabur apabila nilai logam kuning itu melonjak di luar jangkaan pada penutup dagangan minggu lalu dengan lonjakan hingga lebih $60 direkodkan.

Ini adalah susulan kesan reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu, mencerminkan sektor buruh yang merosot untuk bulan Oktober.

Justeru, US dolar ketara mengalami penyusutan selepas pada mulanya memaparkan prestasi cemerlang sejak awal minggu sehinggalah keputusan mesyuarat FOMC.

Penyusutan US dolar telah membuka ruang semula untuk nilai emas melonjak dalam pasaran ketika harapan pelabur terhadap komoditi itu kian pudar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang dilihat telah menjunam ke zon support 1617.00 pada Khamis lalu kembali melonjak semula pada Jumaat susulan laporan pekerjaan NFP diterbitkan.

Memberi isyarat awal sebelum lonjakan, harga telah membuat kenaikan melepasi paras penting 1640.00 dan juga menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut memberi isyarat perubahan trend bakal berlaku.

Kemudiannya harga terus melonjak melepasi ketinggian yang dicapai ketika reaksi mesyuarat FOMC sekitar 1670.00 hingga akhirnya mencapai paras ketinggian 1680.00.

Paras 1680.00 tersebut menjadi tumpuan pasaran setelah harga susut ke bawah zon tersebut dan berlegar di bawahnya sekitar 4 minggu.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga emas bergerak perlahan di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah dan sedikit menurun dari paras 1680.00.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan dan melepasi rintangan 1680.00, harga dilihat akan menuju ke zon 1700.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke 1720.00.

Sebaliknya, jika emas ‘tersungkur’ semula minggu ini, penurunan harga dijangka akan kembali semula ke paras 1640.00 sebelum jatuh lebih rendah ke zon support 1620.00 seperti minggu lalu semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat