Analisis GOLD – Emas Jatuh Semula Menuju Ke Paras $1,900!

617

Pelabur emas terpaksa menahan kekecewaan menyaksikan dagangan pada hari ini (Selasa) apabila aset logam kuning itu semakin mengalami penyusutan nilainya.

Pergerakan harga yang mendatar pada pembukaan awal minggu Isnin semalam menyambung corak perlahan tersebut pada penutup dagangan minggu lalu.

Ini disebabkan pasaran kian berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti untuk kepastian sama ada Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan pengetatan dasar atau sebaliknya.

Selepas menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat terakhir 2022 pada Disember lalu, Fed dijangka memperlahankan lagi kenaikan kadar kepada 25 mata asas untuk mesyuarat terbaru.

Namun ketika ini, US dolar sebaliknya sedang memaparkan pengukuhan yang diteruskan sejak sesi New York semalam dalam suasana pasaran yang kekal tidak menentu.

Jika diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kekal di paras 1920.00 dan terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk menyambung pergerakan bearish.

Penurunan lebih rendah berlaku sejak sesi Asia pagi ini bersambung ke sesi Eropah melihatkan harga sedang menuju zon tumpuan 1900.00.

Bakal memberi petunjuk terhadap pergerakan emas selanjutnya, jika harga tembus lebih rendah akan menjangkakan penurunan lebih rendah ke sasaran seterusnya pada 1870.00.

Namun jika lonjakan semula berlaku menjelang mesyuarat FOMC, kenaikan harga akan cuba untuk melepasi halangan MA50 untuk mencetuskan petunjuk bullish semula buat emas.

Kenaikan bakal diteruskan kembali menuju zon rintangan pada 1950.00 yang dicapai pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat