Analisis GOLD – Emas Masih Bertahan Dari Jatuh, Situasi USD Jadi Penentu

548

Tekanan terhadap dagangan emas sedikit mengendur apabila mata wang US dolar alami penyusutan ketika menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini.

Data-data terbaru menunjukkan risiko terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan penurunan angka pada data pertumbuhan ekonomi suku pertama serta indeks harga PCE minggu lalu.

Pada Isnin semalam, data PMI pembuatan tinjauan ISM pula catatkan penguncupan bagi laporan bulan Mei sekaligus menambahkan tekanan buat US dolar dan meningkatkan semula harga emas.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar di paras rendah sekitar 2315.00 semalam telah melonjak semula di sesi New York mencapai paras 2350.00.

Kenaikan harga juga dilihat melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan harga berlegar di atasnya pada dagangan hari ini (Selasa).

Sekiranya kenaikan harga diteruskan mengatasi paras semalam, harga dijangka akan menguji zon 2370.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Jika masih harga melanjutkan pendakiannya itu, paras 2340.00 berkemungkinan akan menjadi sasaran untuk dituju.

Sebaliknya jika harga ditekan jatuh semula di bawah garisan MA50, akan kembali memberi isyarat untuk pergerakan bearish buat emas semula.

Paras sokongan yang bakal diuji adalah pada 2300.00 sekiranya berlaku penurunan lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat