Analisis GOLD – Emas Masih Cuba Mendaki Menuju $2,000 Semula

1,187

Aset komoditi emas paparkan prestasi positif pada dagangan Khamis semalam dengan peningkatan harga yang berlaku ke paras ketinggian terbaru minggu ini.

Walaupun tarikan terhadap aset safe-haven termasuk semakin memudar, namun harga emas tetap berjaya pamerkan peningkatan.

Penganalisis menilai situasi ini didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang membuka lebih ruang untuk emas meningkat susulan reaksi terhadap terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam.

Bacaan akhir bagi data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku terakhir 2022 lalu mencatatkan sedikit penurunan berbanding jangkaan untuk kekal.

Justeru, penyusutan yang berlaku ke atas US dolar mendorong harga emas meneruskan peningkatan namun pelabur kekal berhati-hati dengan ketidaktentuan pasaran di penghujung minggu.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan harga semula bermula dari paras 1955.00 di sesi Asia, sehingga mencapai ketinggian 1984.00 di sesi New York.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu memberi isyarat bullish untuk emas memberi harapan positif kepada pelabur.

Harga mendatar menyambung dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat), dan pergerakan harga dijangka lebih rancak pada sesi seterusnya.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, emas dilihat akan kembali mencapai semula paras 2000.00.

Paras tersebut menjadi rintangan diuji beberapa kali pada minggu lalu di mana harga dilihat masih gagal untuk capai ketinggian terbaru lagi.

Namun, jika harga emas tiba-tiba menjunam semula di penghujung minggu ini, paras 1950.00 dijangka akan mengundang reaksi menarik sebelum pelabur menilai pergerakan harga selanjutnya.

Jika jelas harga sudah berubah arah, penurunan harga boleh dijangka mencecah hingga sekitar 1900.00 yang merupakan antara paras tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat