Analisis GOLD – Emas Melantun Dari Paras $1,950 Kini Menuju $2,000 Semula

786

Mengubati sedikit kekecewaan para pelabur, harga emas mula catatkan pemulihan pada dagangan penutup penghujung minggu lalu.

Ketika US dolar mengukuh sepanjang minggu, harga emas terus ditekan jatuh ke bawah paras $2,000 hampir mencecah $1,950, namun sedikit melantun semula pada dagangan sesi terakhir.

Pemulihan harga emas di penghujung itu adalah didorong reaksi pasaran terhadap kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada dovish dengan menyatakan bank pusat tidak perlu untuk menaikkan kadar faedah selepas ini.

US dolar yang melemah secara ketara melonjakkan kembali harga emas dan kembali memberi harapan untuk pelabur menjangkakan pergerakan yang lebih positif minggu ini.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dperhatikan penurunan harga minggu lalu hampir menyentuh paras 1950.00 sebelum lonjakan yang berlaku mencapai sekitar 1983.00.

Lonjakan tersebut juga telah menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut menjadi isyarat untuk perubahan semula trend harga buat emas.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini, namun jika kenaikan berjaya diteruskan, harga dilihat akan menghampiri semula zon 2000.00.

Tembus zon penting itu akan membuatkan pelabur lebih optimis harga emas berpotensi naik lebih tinggi menuju sasaran 2050.00 semula.

Namun jika harga emas susut semula minggu ini, zon support pada 1950.00 akan kembali diuji sekali lagi.

Gagal melantunkan harga seperti minggu lalu, harga berkemungkinan akan susut mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu menuju sasaran seterusnya pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat