Analisis GOLD – Emas Mendaki Di Awal Minggu, Trend Bullish Akan Berterusan?

1,533

Setelah dibuka tinggi pada dagangan pembukaan awal minggu semalam, harga emas terus mendaki lebih tinggi memaparkan corak yang lebih positif berbanding pergerakan suram sepanjang minggu lalu.

Penganalisis pasaran melihat emas memiliki kelebihan sebagai aset safe-haven dalam pasaran yang berisiko ketika ini susulan kebimbangan terhadap pergolakan perang di Timur Tengah.

Perubahan corak harga emas diterjemah pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Selepas NFP Jumaat lalu, harga menutup dagangan penghujung minggu di sekitar 1830.00, namun berikutan perang Palestin-Israel yang tercetus pada Sabtu lalu telah menyaksikan harga emas dibuka di paras 1850.00 di sesi Asia semalam (Isnin).

Menyambung dagangan pada sesi New York, harga naik lebih tinggi menembusi paras rintangan pada 1855.00 sehingga di penghujung sesi mencapai sekitar 1863.00.

Pada hari ini (Selasa), harga emas dilihat kembali berundur semula ke paras 1855.00 dengan kemungkinan berlaku pembetulan harga (correction) untuk pergerakan trend bullish.

Sekiranya harga melantun naik semula, paras tumpuan seterusnya adalah pada 1870.00 pula untuk diuji harga.

Jika tembus lebih tinggi, kenaikan akan tertumpu semula pada paras-paras sebelum ini seperti 1885.00 dan 1900.00.

Namun jika harga merudum jatuh di bawah 1855.00, pelabur akan menilai sama ada kejatuhan harga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) atau tidak di rangka masa 1 jam pada carta XAU/USD.

Jika berlaku, akan menjadi isyarat bearish buat emas dengan risiko untuk susut lebih rendah ke paras 1830.00 atau menuju hingga 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat