Analisis GOLD – Emas Meningkat Selepas Reaksi Data Inflasi AS Diterbitkan

925

Dagangan emas memberi isyarat untuk meningkat lebih tinggi selepas persoalan berkenaan inflasi Amerika Syarikat (AS) terjawab pada sesi New York semalam.

Bacaan inflasi tahunan AS melonjak lagi ke paras tertinggi terbaru 40 tahun ke paras 8.5% berbanding 7.9% sebelum ini.

Faktor ini telah memacu kenaikan nilai emas dalam pasaran semalam ekoran tarikan pelabur terhadap emas mula meningkat semula sebagai aset yang dikategorikan kalis inflasi.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan harga terus mendaki lebih tinggi dari paras sokongan 1950.00 yang telah berjaya ditembusi pada kenaikan sebelum ini.

Walaupun US dolar juga mengukuh dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah pengetatan dasarnya selepas menilai lonjakan kadar inflasi, namun emas tetap berjaya membuat kenaikan.

Keniakan harga mencapai paras ketinggian pada 1978.00 sebelum susut dan berlegar pada zon 1970.00 sehingga dagangan bersambung pada hari ini.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan buat emas untuk menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 2000.00 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Namun jika corak kenaikan harga gagal dikekalkan, penurunan semula harga emas di bawah paras sokongan MA50 dan paras 1950.00, akan menjadi petunjuk awal untuk penurunan lanjut harga.

Sasaran untuk penurunan harga emas adalah menuju paras sokongan pada 1900.00 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan Mac lalu.

Sentimen pasaran semasa akan terus dipantau dan data-data ekonomi penting akan terus diteliti pelabur untuk menilai pergerakan semasa buat emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat