Analisis GOLD – Emas Sudah Tunjukkan Potensi Untuk Melonjak?

555

Adakah pelabur semakin optimis menjangkakan harga emas telah memulakan rentak untuk peningkatan nilainya?

Persoalan tersebut tercetus apabila terdapat isyarat awal bagi perubahan harga emas apabila lonjakan yang berlaku pada penutup dagangan di sesi terakhir minggu lalu dilihat telah mengubah haluan harga.

Campur tangan Jepun sekali lagi dalam pasaran telah memberi kesan penyusutan terhadap US dolar, dan ini juga turut mempengaruhi peningkatan semula harga emas dalam pasaran.

Dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar apabila berlaku lonjakan ketara pada sesi New York Jumaat lalu setelah corak penurunan yang dikekalkan beberapa minggu sebelum itu.

Setelah penurunan yang dilihat mencecah 1617.00, harga kemudiannya sempat melonjak sebelum menutup dagangan sesi terakhir minggu lalu di sekitar ketinggian 1655.00.

Lonjakan melepasi rintangan pada zon 1640.00 itu juga turut menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, memberi isyarat perubahan trend bullish kepada harga emas.

Namun, corak kenaikan harga gagal diteruskan pada Isnin semalam apabila pergerakan harga dilihat lebih mendatar di atas paras 1645.00.

Masih menjangkakan pergerakan bullish buat harga, pelabur berhati-hati menantikan petunjuk bagi pergerakan emas selanjutnya.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, jangkaan adalah untuk emas mencapai ketinggian sekitar 1680.00 terlebih dahulu untuk menguji rintangan pada dagangan 2 minggu lalu.

Melepasi rintangan berikut seterusnya akan mendorong harga menuju ke paras tumpuan sekitar 1700.00.

Sebaliknya, jika harga emas gagal untuk meneruskan kenaikan malah susut lebih rendah di bawah zon 1640.00 dan paras sokongan MA50, harga berkemungkinan akan kembali menjengah semula zon support pada 1615.00.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan pula dilihat akan mencecah ke zon support tumpuan 1600.00 di samping mengekalkan pergerakan trend bearish sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat