Analisis GOLD – Emas Terus Terbang Tinggi Selepas Tembus Tembok $1,800

866

Penyusutan berterusan US dolar selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April catat bacaan mengecewakan, telah mendorong harga emas terus meningkat lebih tinggi.

Pertambahan pekerjaan pada bulan April lebih rendah berbanding jangkaan untuk meningkat hampir ke paras 1 juta, manakala kadar pengangguran AS pula meningkat.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas dilihat terus kukuh selepas berjaya melonjak menembusi paras rintangan 1800.00 pada penghujung minggu lalu.

Pada minggu lalu dapat dilihat harga yang melonjak melepasi 1800.00 mula perlahan pada zon 1820.00 sebelum harga menyambung kenaikan susulan laporan pekerjaan NFP AS.

Paras ketinggian terbaru dicapai pada 1843.00 sebelum pergerakan harga kembali perlahan sehingga dagangan yang bersambung pada sesi Asia untuk pembukaan pasaran minggu ini.

Harga dijangka akan terus dipacu lebih tinggi ke paras rintangan 1850.00 terlebih dahulu sebelum paras ketinggian 1875.00 akan menjadi sasaran kenaikan harga yang seterusnya.

Kenaikan ke paras-paras tumpuan itu juga akan terus mencatatkan harga tertinggi emas sejak Februari lalu.

Namun jika US dolar berjaya mengukuh semula pada minggu ini, penurunan harga yang berlaku dilihat akan kembali semula ke paras 1800.00 yang membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah akan ke paras sokongan 1765.00 yang menyokong kenaikan semula harga pada penghujung April.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat