Analisis GOLD – Harga Emas Bakal Menjunam Di Penghujung Minggu?

985

Sentimen pasaran yang dilihat semakin pulih telah mengurangkan tarikan pelabur terhadap komoditi emas membuatkan nilainya sukar untuk melonjak tinggi dan berlegar di sekitar paras $1,800 sepanjang minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan kenaikan harga emas pada minggu ini hanya mencapai paras ketinggian 1824.00, gagal mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Harga kembali turun menguji paras sokongan 1800.00 pada zon RBS (resistance become support) yang masih kekal menyokong harga daripada jatuh lebih rendah untuk dagangan memasuki minggu ketiga.

Namun pelabur berkemungkinan perlu lebih berwaspada pada minggu ini berbanding minggu lalu disebabkan isyarat penurunan harga emas di mana harga telah mula bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Sesi Eropah hari ini (Khamis) melihatkan harga sekali lagi membuat cubaan untuk menembusi zon 1800.00-1790.00 setelah gagal semalam.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah, penganalisis menjangkakan harga emas untuk susut semula sehingga ke paras tumpuan sebelum ini pada 1765.00 dan seterusnya pada 1745.00.

Namun, jika zon 1800.00 berjaya menyokong lonjakan semula, kenaikan harga akan menguji paras rintangan pada 1824.00 minggu ini dan paras 1830.00 minggu lalu.

Kenaikan melepasi paras-paras rintangan tersebut seterusnya akan mensasarkan ke zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat