Analisis GOLD – Harga Emas Melantun Selepas Kejutan ‘Intervention’ Jepun Dalam Pasaran

780

Seperti yang dibimbangi pelabur, dagangan emas melalui detik bergelora menuju penghujung minggu bermula pengumuman keputusan kadar faedah pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah 75 mata asas kali ketiga berturut-turut sehingga menyaksikan US dolar mengukuh selepas mesyuarat tersebut.

Namun, sesi Eropah pada petang ini dikejutkan oleh laporan campur tangan kerajaan Jepun dalam pasaran (intervention) sehingga turut memberi tempias kepada dagangan emas semasa.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya dilihat melonjak ketika reaksi mesyuarat FOMC melihatkan harga melonjak sebentar dari paras 1654.00 mencapai ketinggian 1688.00.

Namun menuju ke penghujung sesi New York, harga mula menunjukkan penurunan semula bersambung ke sesi Asia hari ini susulan pengukuhan oleh US dolar.

Setelah kembali berlegar semula di zon support 1655.00 sebelum berlaku lantunan semula harga di sesi Eropah.

Susulan campur tangan Jepun ke dalam pasaran mata wang, nilai Yen mengukuh sementara US dolar melemah, sekaligus turut memberi ruang untuk emas meningkat.

Lonjakan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD boleh menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula bagi dagangan emas.

Zon halangan pada 1680.00 akan diuji sekiranya harga emas membuat kenaikan sebelum harga yang melepasi zon tersebut kemudiaanya akan menuju pula ke zon 1700.00.

Namun jika berlaku penurunan semula, zon support 1655.00 akan kembali diuji sekali lagi sebelum penurunan yang dilanjutkan bakal catat paras terendah terbaru 2 tahun.

Sasaran untuk paras terendah terbaru bagi penurunan harga emas dilihat boleh mencecah ke sekitar 1640.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat