Analisis GOLD – Harga Emas Panjat Lebih Tinggi, Bakal Tuju $1,950?

2,104

Harga emas berjaya melanjutkan kenaikan ke paras yang lebih tinggi pada dagangan sesi New York semalam susulan faktor penyusutan US dolar.

Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di mana kenaikan terbaru harga telah mencapai ketinggian 1938.00.

Namun sebelum berlaku lonjakan itu, harga pada mulanya alami penurunan dahulu di bawah zon 1920.00 membuatkan pelabur resah.

Setelah data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan pekerjaan JOLTS tampil dengan angka yang mengecewakan, US dolar ketara menyusut dan mendorong harga emas meningkat tinggi.

Justeru, harga dilihat kekal bergerak pada trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pelabur akan memerhatikan pula data yang lebih penting pada sesi New York sebentar lagi iaitu, pekerjaan ADP dan juga pertumbuhan ekonomi (GDP) AS.

Sekiranya bacaan data merosot, corak pergerakan sama bakal diperlihatkan oleh emas.

Kenaikan harga jika diteruskan bakalan menuju pula ke paras tumpuan 1950.00 setelah paras 1930.00 telah berjaya dibolosi.

Ini akan mencatatkan paras tertinggi 4 minggu buat emas setelah mengalami kejatuhan ketara sejak dagangan pertengahan Julai lalu.

Jika kenaikan harga gagal dipertahankan, harga berkemungkinan boleh jatuh semula menuju zon 1920.00 yang ditembusi minggu ini.

Susut lebih rendah akan menjangkakan harga menghampiri kembali zon RBS (resistance become support) pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat