Analisis GOLD – Harga Emas Pulih Sedikit Lepas Jatuh Lagi Semalam!

1,100

Emas jatuh lebih rendah pada dagangan Khamis semalam susulan pengukuhan US dolar masih disokong oleh faktor yang terbaru.

Data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam catatkan angka yang meningkat, menyokong US dolar untuk bergerak kukuh pada sesi tersebut.

Justeru, pengukuhan US dolar berterusan menekan nilai emas ke paras lebih rendah lagi semalam mengatasi paras terendah dicecah pada minggu yang lalu.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan sebaik sahaja data GDP AS diterbitkan semalam, harga terus menjunam menembusi zon 1950.00.

Zon tersebut menjadi tumpuan sebagai sokongan buat harga ketika penurunan minggu lalu mencecah sekitarnya dan turut diuji pada minggu ini.

Namun, penurunan harga yang diteruskan semalam akhirnya berjaya memecah sokongan tersebut dan mencecah paras terendah yang baru sekitar 1940.00.

Menganjak dagangan pada hari ini (Jumaat), sesi Asia dan sesi Eropah menyaksikan corak kenaikan harga dipaparkan semula sedikit melepasi 1950.00 ke paras sekitar 1955.00.

Harga dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut dan pelabur memerhatikan reaksi untuk petunjuk pergerakan emas selanjutnya.

Jika berjaya lepasi halangan MA50 itu, kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan diperlihatkan menuju semula rintangan pada sekitar zon 1980.00.

Dan seterusnya, harga akan mencapai semula ke paras penting iaitu 2000.00 yang bakal berfungsi sebagai zon SBR (support become resistance) buat harga.

Namun jika harga berundur turun semula menyambung dagangan pada sesi terakhir minggu ini, paras terendah terbaru dijangka akan dicatatkan lagi.

Mengatasi paras dicecah semalam, harga yang meneruskan penurunan dilihat akan mensasarkan untuk mencecah paras tumpuan pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat