Analisis GOLD – Harga Mendatar Di Atas Paras $1800 Untuk Hari Ketiga

1,387

Harga emas kekal mendatar pada hari ketiga setelah penurunan drastik yang dipamerkan di awal dagangan minggu ini.

Sementara pasaran terus menantikan perkembangan lanjut vaksin dan kes jangkitan Coronavirus, harga emas bergerak mendatar di atas paras $1800 sehingga penghujung minggu.

Pada carta harga XAU/USD, dapat dilihat paras 1800.00 menjadi paras sokongan harga di mana harga gagal meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut.

Harga yang bergerak di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga gagal memberikan isyarat lebih jelas kepada pelabur untuk arah harga emas.

Jangkaan untuk harga emas melonjak pada dagangan semalam juga meleset apabila harga turun semula berhampiran paras support 1800.00.

Namun, pelabur menjangkakan pergerakan lebih besar harga selepas situasi mendatar minggu ini.

Jika kenaikan harga berlaku, zon SBR (support become resistance) 1850.00 akan menjadi tumpuan utama harga.

Sebaliknya jika harga emas berjaya membuat penurunan menembusi support 1800.00, paras support seterusnya yang dijangka menjadi tumpuan adalah sekitar 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat