Analisis GOLD – Harga Menjunam Semula Selepas Capai Ketinggian Minggu Lalu

1,352

Perbincangan untuk langkah pengurangan pembelian aset (tapering) oleh Federal Reserve (Fed) semula kembali melonjakkan nilai US dolar dalam pasaran.

Namun, situasi pengukuhan US dolar itu tidak digemari oleh para pelabur emas apabila keuntungan yang diperolehi pada kenaikan nilai emas tidak bertahan lama.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga melonjak dari zon 1810.00 sehingga menguji zon rintangan pada 1830.00 yang turut menjadi tumpuan pada minggu lalu.

Kenaikan pada awalnya didorong oleh penyusutan US dolar selepas laporan data pekerjaan ADP NFP untuk sektor swasta Amerika Syarikat (AS) mencatatkan bacaan yang suram.

Namun, kenyataan bernada hawkish oleh ahli Fed berkenaan langkah pengetatan polisi pada sesi New York semalam nyata memberi kejutan dalam pasaran.

US dolar yang kembali mengukuh telah menekan semula harga emas untuk susut ke zon harga 1810.00 dengan terjunan sekitar 250 pips.

Zon harga 1810.00 walau bagaimanapun kekal menjadi paras sokongan membendung harga daripada jatuh lebih rendah sebelum harga kembali mendatar di sekitarnya bersambung pada dagangan Khamis.

Pelabur berhati-hati terhadap pergerakan US dolar yang dijangka untuk meneruskan pengukuhan sementara menantikan laporan data pekerjaan NFP AS diterbitkan pada Jumaat.

Pengukuhan lanjut US dolar bakal mendorong harga menguji zon tumpuan 1800.00 dan reaksi harga pada zon tersebut akan memberi petunjuk penting untuk pelabur melihat arah pergerakan harga emas seterusnya.

Sekiranya harga terus susut lebih rendah di bawah zon 1800.00, jangkaan penurunan lebih rendah boleh kembali semula mencecah paras 1765.00 dan juga 1745.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Namun, jika harga emas kembali memberi harapan kepada pelabur untuk melonjak semula, zon rintangan 1830.00 sekali lagi akan diuji.

Menembusi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga untuk diteruskan menuju zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat