Analisis GOLD – Kenaikan Harga Emas Terhalang Pada Rintangan $1,745.00

1,119

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah mencatatkan lonjakan semalam ke paras rintangan pada 1745.00.

Kenaikan harga emas telah didorong oleh pergerakan US dolar yang lemah dalam pasaran berikutan terkesan oleh penurunan pada hasil perbendaharaan AS yang telah susut di bawah paras 1.70%.

Penganalisis masih optimis untuk harga emas terus meningkat selepas membuat kenaikan sejak minggu lalu dari paras support 1680.00 dan mencatatkan hampir 670 pips kenaikan 4 hari berturut-turut.

Harga yang turut kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) juga masih memberi isyarat untuk trend bullish buat emas.

Paras rintangan pada 1745.00 perlu ditembusi untuk harga meneruskan kenaikan menuju ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Zon tersebut menjadi paras sokongan harga pada dagangan Februari lalu sebelum harga jatuh lebih rendah pada bulan Mac.

Kenaikan harga emas yang melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi sehingga ke paras 1800.00.

Namun jika harga kembali menjunam semula dan bergerak di bawah paras sokongan MA50, penurunan harga akan kembali menguji zon harga 1720.00 sebelum ini.

Penurunan selanjutnya akan ke paras 1700.00 dan juga 1680.00 yang merupakan zon support buat harga emas yang diuji sejak bulan lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat