Analisis GOLD – Lonjak Ke Paras $1,830, Pelabur Harap Emas Kekal Momentum

1,025

Pembukaan pasaran dagangan 2022 pada hari ini (Isnin) melihatkan US dolar mengumpul momentum untuk pengukuhan awal pada sesi Asia bersambung pada sesi Eropah.

Adakah US dolar telah memulakan langkah untuk mengukuh selepas menutup dagangan dengan lemah sehingga penutup dagangan 2021 di penghujung minggu lepas?

Penyusutan US dolar pada Jumaat lalu juga telah mendorong harga emas untuk meningkat ke paras ketinggian terbaru 5 minggu sehingga ke paras jangkaan penganalisis iaitu $1,830.

Namun, pelabur tetap meletakkan kebimbangan terhadap jangkaan kejatuhan harga emas selepas ini susulan unjuran pengukuhan US dolar pada dagangan tahun baru.

Ini adalah susulan keputusan hawkish Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat sebelum ini dalam fasa pengetatan dasarnya dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah lebih cepat.

Berkemungkinan pengukuhan awal US dolar akan bermula selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada penghujung minggu ini dengan ramalan sektor buruh AS yang bakal catat angka positif.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dijangka akan membuat penurunan ke zon RBS (resistance become support) 1815.00 sekiranya US dolar pamer pengukuhan sejak awal minggu.

Dan jika harga turun di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD akan mendorong harga susut semula ke paras tumpuan 1800.00.

Namun jika harga emas berjaya melonjak melepasi paras rintangan 1830.00, harga bakal terus catat paras ketinggian terbaru lagi menyambung lonjakan pada penghujung minggu lalu.

Paras ketinggian terbaru yang dilihat menjadi sasaran adalah pada 1850.00 jika harga emas kekal meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat