Analisis GOLD – Selepas Gelora FOMC, Emas Junam Lebih Rendah Menuju $1,600

652

Pelabur emas berdepan saat-saat genting ketika mesyuarat FOMC awal pagi tadi susulan reaksi pergerakan harga yang agresif terhadap kenyataan susulan oleh bank pusat.

Setelah pengumuman kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas seperti yang dijangkakan, ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell telah mengundang reaksi yang bercampur pergerakan US dolar dan mempengaruhi emas.

Pada mulanya, harga emas dilihat melonjak ketika US dolar melemah sebelum pengukuhan semula US dolar menuju penghujung sesi New York kembali menekan semula nilai emas sehingga dagangan bersambung pada Khamis.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan harga berlaku ketika reaksi awal mesyuarat FOMC yang melonjak ke ketinggian sekitar 1669.00.

Namun, harga menjunam semula sehingga ke paras 1634.00 di penghujung sesi New York dengan penurunan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut memberi petunjuk untuk harga emas terus menyambung penurunan.

Jangkaan tersebut ditepati apabila harga emas meneruskan penurunan dari paras 1640.00 menuju zon support 1620.00 pada sesi Eropah petang ini.

Jika harga menyambung penurunan lebih rendah melepasi zon support tersebut, harga bakal menuju ke sekitar paras tumpuan 1600.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Namun, jika harga kembali melonjak semula pada sesi berikutnya, paras 1640.00 dilihat akan menjadi rintangan yang bakal diuji harga.

Halangan MA50 juga bakal diuji sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend bullish selepas harga meneruskan kenaikan melepasi halangan tersebut.

Seterusnya ketinggian yang dicapai harga pada lonjakan ketika mesyuarat FOMC awal pagi tadi akan dicabar sebelum harga menuju ke rintangan seterusnya pada 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat