Analisis Teknikal AUD/CHF – Timeframe H1 – 21/8/2018

365

Ternyata kritikan Presiden US Donald Trump yang tidak bersetuju dengan dasar penetapan kadar faedah di US memberi kesan terhadap hampir keseluruhan matawang utama dunia termasuklah Aussie dan Swissy. Matawang AUD mendapat manfaat daripada kelemahan USD kerana pelabur akan mengintai tumpuan terhadap matawang yang memberi pulangan yang tinggi.

AUD sebelum ini disokong oleh jangkaan daripada Gabenor RBA, Philip Lowe yang bakal menaikkan kadar faedah serta data pengangguran yang positif kekal dilihat optimis buat masa ini.

Sementara itu, matawang CHF pula kekal lemah di mana sentimen pasaran semasa masih dalam keadaan risk-on membuatkan pasaran beralih kepada matawang yang tinggi pulangannya seterusnya dijangka mengurangkan permintaan CHF.

Dari segi teknikal pula, harga dilihat bergerak mendatar dan berada dalam julat harga di antara 0.72561-0.72824 sejak semalam sehingga jam 4.45 petang ini. Harga masih berada di atas garisan Moving Average 100 (MA100) dan jika penurunan dibuat menembusi (breakout) MA100 dan paras support 0.72300, harga berkemungkinan untuk turun sehingga paras support sebelum ini di 0.71750.

Sebaliknya, jika AUD terus mengekalkan pengukuhannya, harga berpotensi untuk melonjak ke paras resistance 0.74000 jika harga berjaya menembusi (breakout) paras resistance 0.73200. Harga masih bergerak perlahan dan pelabur semestinya masih berhati-hati dengan risiko perubahan sentimen pasaran semasa.

Paras support: 0.75275, 0.72437, 0.72312.
Paras resistance: 0.72838, 0.72963, 0.73101.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat