Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 13/9/2018

257

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada minggu ini agak mendatar dan harga bergerak agak lemah hanya sekitar julat 40 pips. Namun pada sesi pasaran New York semalam, harga dilihat kembali membuat lonjakan ekoran nilai matawang AUD kembali menguat setelah ketegangan perang dagang antara AS-China dilihat sedikit reda. Harga melonjak terus ke paras resistance 0.7180 (MagicR3) semalam sebelum harga mula bergerak perlahan di zon SBR (support become resistance) pada paras 0.71700.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak berhampiran paras resistance 0.7200 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Jika harga meneruskan kenaikan, jangkaan harga akan menguji paras resistance 0.7236 (MagicR2) di mana di situ juga terdapat satu zon paras resistance sebelum ini yang menjadi tumpuan harga (0.72350). Seterusnya, jika harga mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat, harga bakal menuju ke paras resistance 0.7289 (MagicR3) dan pasaran akan melihat reaksi harga pada paras major resistance di zon harga 0.73600.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan, harga berkemungkinan akan menuju ke paras support 0.7112 (MagicS1) dan menguji semula paras support sebelum ini di 0.70900 di mana harga belum menembusi (breakout) paras tersebut. Seterusnya, jika penurunan diteruskan, paras support yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada paras support 0.7058 (MagicS2) dan seterusnya pada support 0.7023 (MagicS3).

Pantau data-data ekonomi di Australia dan Amerika Syarikat serta perkembangan perang dagang antara AS-China bagi membantu analisis anda bagi pasangan matawang AUD/USD. Dan juga, perhatikan paras-paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line bagi tambahan panduan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7112, 0.7058, 0.7023.

Paras resistance: 0.7200, 0.7236, 0.7289.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat