Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 17/10/2018

165

Pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD semalam menunjukkan penurunan yang dibuat harga sejak sesi pasaran Asia sehingga ke awal sesi pasaran Eropah. Harga dilihat telah turun melepasi paras Magic Pivot kemudiannya kembali melonjak semula pada sesi pasaran Eropah menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Kenaikan harga adalah berikutan matawang Aussie kembali mendapat permintaan setelah risiko dalam pasaran semasa semakin berkurang. Namun, harga kemudiannya bergerak perlahan sehingga lewat sesi pasaran New York dan menutup harga di sekitar paras 0.71400.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan dan bergerak turun ke paras Magic Pivot 0.7134 hari ini dan menguji paras tersebut. Jika AUD terus didagangkan lemah, harga bakal membuat penurunan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 0.7117 (MagicS1). Harga yang terus menyambung penurunan menjangkakan paras support pada 0.7094 (MagicS2) bakal diuji di mana paras tersebut berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan membuat lower low yang baru dan paras support 0.7077 dilihat paras yang bakal dituju harga.

Namun, jika sentimen pasaran semakin pulih dan Aussie terus mendapat permintaan dalam pasaran, harga bakal membuat kenaikan dan paras awal yang dilihat akan dituju harga terlebih dahulu adalah pada resistance 0.7157 (MagicR1). Seterusnya, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan untuk menguji pula paras resistance 0.7173 (MagicR2) yang berada pada zon  SBR (support become resistance). Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan menembusi zon SBR tersebut, harga berpotensi untuk melonjak sehingga ke paras resistance 0.7196 (MagicR3).

Sentiasa beri tumpuan terhadap perubahan sentimen pasaran semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD. Teliti paras support dan resistance terbaik pada chart dengan berpandukan paras-paras harga yang telah tersedia pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7117, 0.7094, 0.7077.

Paras resistance: 0.7157, 0.7173, 0.7196.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat