Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 29/1/2019

128

Permulaan dagangan yang kurang baik untuk matawang dolar AUD minggu ini di mana nilai dagangan Aussie bergerak lemah pada dagangan Isnin. Aussie kembali terkesan oleh kebimbangan pelabur terhadap isu perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China yang berlarutan namun kedua-dua ekonomi terbesar dunia tersebut bakal meneruskan rundingan lagi pada minggu ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga yang cuba membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia semalam kemudiannya membuat penurunan semula sekitar 40 pips walaupun nilai dagangan dolar USD tidaklah terlalu mengukuh.

Aussie terus dibebankan lagi pada sesi pasaran Asia pagi ini setelah data keyakinan perniagaan hasil tinjauan National Australia Bank (NAB) yang menunjukkan kemerosotan. Harga pada chart AUD/USD yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7176 hari ini kemudiannya terus ditekan sehingga ke paras support 0.7148 (MagicS1) setelah data tersebut dikeluarkan. Namun harga kembali pantul semula menuju ke paras Magic Pivot sehingga ke penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga kembali ditekan ke paras lebih rendah dari support MagicS1 semula, harga bakal turun mencecah paras support 0.7132 (MagicS2) pula. Dan seterusnya harga boleh mencapai penurunan lebih rendah sehingga ke paras sekitar 0.7104 (MagicS3) jika Aussie terus didagangkan lemah dalam pasaran.

Namun, jika harga kembali melonjak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan melepasi paras resistance 0.7191 (MagicR1) sebelum meneruskan lonjakan lebih tinggi menuju pula ke paras resistance 0.7220 (MagicR2) sekaligus mengatasi paras ketinggian dagangan semalam. Sedikit lagi kenaikan yang mampu diteruskan harga bakal menyentuh paras resistance di paras lebih tinggi yang berada pada 0.7235 (MagicR3).

Selain rundingan dagang AS-China, tumpuan akan terarah kepada data indeks harga pengguna (CPI) di Australia yang akan dikeluarkan pada pagi Rabu yang mengukur kadar inflasi sebelum bank pusat Australia membuat keputusan terhadap kenaikan kadar yang seterusnya. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari peluang posisi dagangan yang terbaik pada chart AUD/USD dengan risiko yang lebih terkawal.

 

Paras support: 0.7148, 0.7132, 0.7104.

Paras resistance: 0.7191, 0.7220, 0.7235.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat