Analisis Teknikal EUR/JPY – Timeframe H1 – 20/8/2018

824

Pada minggu lepas, pasaran didagangkan bercampur-campur dihiasi oleh isu-isu semasa yang membuatkan matawang-matawang utama terkesan termasuklah EURO. EURO yang terpalit dengan isu geopolitik Turki dilihat agak lemah minggu lalu. Namun pada penghujung minggu, tanda positif ditunjukkan apabila Qatar bersedia untuk membuat pelaburan sejumlah 15billion dollar ke dalam pasaran kewangan perbankan Turki bagi mengurangkan kegelisahan terhadap isu AS-Turki tersebut.

Sementera itu, ketegangan perang dagang di antara China dan Amerika Syarikat sedikit reda dengan rundingan dagangan yang bakal berlaku akan mempengaruhi matawang JPY. Jangkaan pasaran global dalam keadaan semasa yang risk-on akan melemahkan matawang JPY.

Secara teknikal, harga pada chart EUR/JPY dilihat bergerak mendatar pada Jumaat lalu dan membuat sedikit kenaikan sehingga ke paras 126.60 pada lewat sesi New York. Pada awal sesi Asia hari ini (Isnin), harga didagangkan lemah dimana harga semasa berada pada paras zon harga 126.250 sehingga jam 3 petang.

Jika harga membuat lonjakan dan menembusi (breakout) resistance di paras 126.900, paras resistance tumpuan adalah pada 128.500. Sebaliknya, jika harga terus didagangkan lemah, penurunan yang berpotensi dicapai adalah pada paras 124.900 iaitu support yang dicapai sebelum ini.

Paras support: 125.775, 125.155, 124.743.
Paras resistance: 126.807, 127.219, 127.839.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat