Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 12/12/2018

279

Matawang dollar USD kembali mengukuh pada dagangan Selasa setelah sentimen dalam pasaran semasa kembali memihak kepada matawang tersebut. Tambahan lagi, data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat yang mencatatkan bacaan yang baik memberikan kelebihan kepada USD untuk terus melonjakkan nilai matawangnya. Sementara matawang EURO pula didagangkan sederhana dengan perkembangan bajet Itali semakin menghampiri persetujuan setelah Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte tidak meletakkan cadangan sasaran defisit yang baru dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya Eropah. Selain itu, tumpuan adalah terhadap ketidaktentuan Brexit yang turut masih memberi tempias kepada EURO. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Selasa, harga dari paras support 1.1350 membuat kenaikan sehingga ke paras Magic Pivot sebelum pengukuhan USD kembali menekan harga sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan sejak awal sesi di bawah paras Magic Pivot 1.1340 sehingga menjelang sesi pasaran Eropah. Jika harga dilihat gagal membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menyambung penurunan yang dilakukan semalam menuju ke paras support terdekat pada paras 1.1280 (MagicS1). Harga yang berjaya ditekan ke paras lebih rendah dilihat akan menuju pula ke paras support 1.1245 (MagicS2) sebelum menguji paras terendah harga pada dagangan November lalu di sekitar paras 1.1220. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.1185 (MagicS3).

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal kenaikan dilihat akan ke paras resistance pada 1.1375 (MagicR1). Seterusnya, harga akan melonjak pula menguji paras tertinggi semasa pada chart EUR/USD yang dicapai pada Isnin lalu sekitar 1.1435 (MagicR2). Sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencatatkan paras ketinggian yang baru di sekitar resistance 1.1470 (MagicR3).

Teruskan mengikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah serta beri tumpuan pada data inflasi di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada malam ini. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan paras-paras yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1280, 1.1245, 1.1185.

Paras resistance: 1.1375, 1.1435, 1.1470.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat