Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 15/1/2019

268

Matawang dollar USD didagangkan stabil pada dagangan semalam walaupun pasaran masih menjangkakan berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini. Namun nilai dagangan positif USD gagal memberi tekanan terhadap matawang EURO di mana harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam dilihat bergerak rendah di bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line dan menguji beberapa kali paras 1.14800 yang berada di zon SBR (support become resistance).

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.1467 hari ini kemudiannya telah menunjukkan kenaikan harga sehingga mencapai paras resistance pada 1.1483 (MagicR1). Jika harga meneruskan kenaikan, harga dilihat akan menuju pula ke paras resistance lebih tinggi yang berada di paras 1.1499 (MagicR2). Kenaikan seterusnya pula berkemungkinan mencapai paras ketinggian dagangan hari ini sekitar paras 1.1515 (MagicR3).

Namun, jika harga menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan menguji paras terendah dagangan semalam sekitar paras support 1.1451 (MagicS1). Kemudiannya, harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah menuju pula ke paras sekitar 1.1435 (MagicS2) sebelum menguji pula zon minor RBS (resistance become support) sekitar paras 1.1419 (MagicS3).

Pantau perkembangan ekonomi di zon Eropah serta beri tumpuan pada data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1451, 1.1435, 1.1419.

Paras resistance: 1.1483, 1.1499, 1.1515.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat