Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 24/12/2018

285

Pergerakan pasaran untuk minggu terakhir dagangan tahun ini dijangka akan bergerak perlahan ekoran kebanyakan bank-bank pusat utama dunia bercuti. Jika diimbas kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga yang gagal menembusi kenaikan lebih tinggi dari paras resistance 1.14800 kemudiannya membuat terjunan lebih 100 pips penurunan pada dagangan Jumaat sehingga kembali mencecah paras RBS (resistance become support) pada 1.13550.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga menunjukkan kenaikan dari paras RBS pada terjunan pada dagangan Jumaat lalu dan dilihat menuju ke paras Magic Pivot 1.1399 hari ini. Jika harga gagal membuat kenaikan melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan melepasi paras RBS 1.13550 dan menuju ke paras support 1.1324 (MagicS1). Kemudian, penurunan harga yang diteruskan bakal menyaksikan harga menguji paras terendah semasa pada chart EUR/USD sekitar support 1.1280 (MagicS2). Dan sekiranya harga terus ditekan ke paras lebih rendah, kejatuhan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.1205 (MagicS3).

Namun, jika harga bergerak melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan menuju ke paras tumpuan sekitar resistance 1.1443 (MagicR1). Harga dijangka akan meneruskan lonjakan seterusnya ke paras resistance 1.1518 (MagicR2) untuk harga mengatasi paras ketinggian pada dagangan minggu lalu. Sedikit lagi kenaikan harga ke paras lebih tinggi akan mencapai paras ketinggian yang baru pada resistance 1.1562 (MagicR3).

Dinasihatkan supaya anda mengawal dagangan anda sebaik mungkin untuk minggu terakhir dagangan tahun ini berikutan faktor kecairan dalam pasaran yang berkemungkinan menjurus kepada ketidakstabilan pergerakan harga dalam pasaran. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1324, 1.1280, 1.1205.

Paras resistance: 1.1443, 1.1518, 1.1562.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat