Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 26/10/2018

342

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam menunjukkan harga bergerak agak perlahan sejak sesi pasaran Asia sementara pasaran menunggu pengumuman dasar kewangan oleh European Central Bank (ECB) pada jam 7.45 petang semalam. Harga dilihat cuba membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam namun setelah harga menguji paras 1.14300 dan gagal menembusi paras tersebut, harga telah membuat penurunan semula sehingga hampir ke paras support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1387 hari ini. Jika momentum penurunan harga semalam masih dikekalkan ke hari ini, jangkaan harga akan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.1341 (MagicS1) sebelum penurunan harga yang masih diteruskan bakal turun ke paras support 1.1310 (MagicS2) yang berada lebih rendah. Paras tersebut juga adalah paras terendah yang dicapai harga sejak Ogos lalu dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan membuat lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 1.1265 (MagicS3).

Namun, jika EURO kembali mengukuh semula berbanding USD pada hari ini, jangkaan harga akan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1387 dan menuju ke paras resistance pada 1.1418 (MagicR1) untuk harga menguji terlebih dahulu paras ketinggian harga semalam. Seterusnya, harga yang menyambung lagi kenaikan dijangka akan menuju ke paras resistance 1.1464 (MagicR2) yang dilihat menjadi paras tumpuan harga. Dan seterusnya, jika harga masih mengekalkan siri kenaikan yang dibuat, paras resistance pada 1.1495 (MagicR3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

ECB dilaporkan akan meneruskan proses pelonggaran kuantitatif (QE) dengan jumlah pengurangan bulanan berjumlah 15billion Euro sehingga akhir Disember tahun ini. Beri tumpuan juga terhadap krisis belanjawan Itali yang masih memberikan kebimbangan dalam pasaran semasa. Rujuk indicator Moshed Magic Line bagi mendapatkan posisi dagangan di paras yang terbaik pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1341, 1.1310, 1.1265.

Paras resistance: 1.1418, 1.1464, 1.1495.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat