Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 4/12/2018

323

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga membuat kenaikan sejak sesi pasaran Asia bermula sehingga harga mencapai paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun, USD kembali cuba untuk mengukuhkan nilainya pada sesi dagangan Eropah dan menekan kembali harga ke paras Magic Pivot dan harga bergerak di sekitar paras tersebut sehingga pasaran New York menutup sesi dagangannya. Data tinjauan ISM pembuatan PMI di Amerika juga menunjukkan bacaan yang memberangsangkan yang turut menyokong pengukuhan semula dollar USD semalam. Sementara matawang anti-USD EURO pula akan terkesan dengan pengukuhan USD selain dipengaruhi oleh faktor ketidaktentuan Brexit.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.1350 hari ini dilihat terus membuat kenaikan dan menuju ke paras resistance 1.1382 (MagicR1). Harga yang meneruskan lagi kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju ke paras resistance seterusnya iaitu sekitar 1.1412 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian harga pada minggu lalu. Dan jika harga terus mengekalkan kenaikan yang dibuat, harga berkemungkinan mencecah sehingga ke paras resistance 1.1443 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali mengukuh dan menekan harga ke paras lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah paras support 1.1321 (MagicS1). Kemudian, harga bakal turun untuk menguji pula paras support 1.1289 (MagicS2) yang berada di zon paras tumpuan harga pada chart EUR/USD. Seterusnya, jika harga berjaya melepasi paras tersebut dan mencari paras terendah yang baru, paras support pada 1.1259 (MagicS3) berkemungkinan akan menjadi destinasi tumpuan harga.

Berwaspada pada dagangan minggu ini menjelang data pekerjaan di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada penghujung miggu ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1321, 1.1289, 1.1259.

Paras resistance: 1.1382, 1.1412, 1.1443.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat