Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 7/1/2019

264

Matawang dollar USD dilihat didagangkan lemah pada dagangan Isnin selepas minggu NFP berlalu. Ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat dikeluarkan Jumaat lepas pada jam 9.30 malam, USD menunjukkan pengukuhan sebelum komen Pengerusi FED, Jerome Powell dua jam kemudian berkenaan dasar moenetari dengan nada yang dovish kembali melemahkan matawang tersebut. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat, harga membuat penurunan sekitar 60 pips ke paras lebih rendah dari Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali melonjak semula ke paras terjunan harga sebelum itu apabila nilai matawang USD kembali melemah.

Pada sesi pasaran Asia untuk Isnin permulaan minggu ini, harga dilihat membuat sedikit kenaikan menuju ke paras resistance 1.1426 (MagicR1) dan menguji paras tersebut pada penghujung dagangan Asia. Jika harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga bakal menguji zon resistance pada chart EUR/USD di sekitar paras 1.1460 (MagicR2). Dan sekiranya harga terus melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian baru dan menyentuh paras resistance pada 1.1500 (MagicR3).

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1386 hari ini, harga dilihat akan menguji paras support pada 1.1352 (MagicS1) yang dicecah harga pada terjunan Jumaat lalu ketika data pekerjaan NFP dikeluarkan. Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah dari paras tersebut, harga berkemungkinan akan menuju pula ke paras support yang diuji pada Khamis lalu sekitar 1.1312 (MagicS2). Seterusnya, paras support lebih rendah yang dilihat berada pada 1.1278 (MagicS3) akan menjadi tumpuan harga jika harga masih berjaya mengekalkan momentum penurunannya.

Kawal dagangan anda pada minggu ini menjelang mesyuarat FOMC yang bakal memberi impak besar terhadap pasaran terutamanya terhadap nilai matawang USD. Lihat dulu paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line bagi memberikan anda petunjuk sebelum membuat keputusan dalam setiap posisi dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.1352, 1.1312, 1.1278.

Paras resistance: 1.1426, 1.1460, 1.1500.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat