Analisis Teknikal GBP/AUD – Timeframe H1 – 6/9/2018

605

Kejutan berlaku pada sesi pasaran New York semalam apabila nilai matawang GBP melonjak naik dan menguat berbanding matawang utama yang lain. Hal ini dikaitkan dengan laporan Bloomberg semalam yang menyatakan UK dan Jerman masing-masing bersedia untuk menggugurkan tuntutan-tuntutan utama bagi memudahkan perjanjian Brexit terlaksana.

Pelabur melihat situasi tersebut sebagai petanda yang positif buat GBP sekaligus melonjakkan semula nilai matawang GBP yang beberapa minggu sebelum ini didagangkan lemah. Tambahan lagi, data perkhidmatan PMI mencatatkan bacaan yang baik dari jangkaan sebelum ini memberi sedikit faktor tambahan untuk pengukuhan GBP buat masa ini.

Sementara itu, matawang Aussie masih lagi didagangkan lemah sejak semalam dimana pasaran masih lagi belum memihak kepada matawang tersebut. Baru-baru ini, AUD mengalami kejatuhan nilai setelah kadar hutang perumahan dinaikkan sebanyak 0.14% oleh bank-bank di Australia sekaligus menjangkakan tiada kenaikan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dan mengurangkan lagi keyakinan terhadap para pelabur.

Di samping itu juga, AUD masih terkesan dengan krisis perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China ekoran siri berbalas tarif dilihat masih belum menemukan jalan penyelesaian yang baik bagi kedua-dua ekonomi besar dunia itu.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/AUD dilihat agak mendatar sejak Isnin lalu dan bergerak di sekitar zon support 1.78300. Pada sesi pasaran Asia semalam juga, harga turut didagangkan perlahan ekoran kedua-dua matawang GBP dan AUD masih dilihat melemah dalam pasaran.

Namun, harga terus melonjak tinggi ke paras harga 1.80700 selepas pengukuhan nilai GBP semalam atas faktor rundingan Brexit yang dilihat kembali positif. Harga dilihat kembali membuat penurunan semula ke paras zon harga 1.79400 dan pergerakan harga mula perlahan sehingga sesi pasaran Asia dibuka hari ini. Harga semasa bergerak di sekitar paras 1.79930 setakat jam 3.40 petang.

Harga sepertinya ingin menguji kembali paras resistance 1.80500 yang tidak berjaya ditembusi (breakout) semalam semasa GBP membuat lonjakan namun jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), paras resistance yang dijangka akan menjadi tumpuan adalah pada paras 1.82000 dan seterusnya di 1.83200. Sebaliknya, jika berlaku penurunan harga, harga dilihat bakal menguji paras support 1.78300 dan jika berjaya menembusinya (breakout), paras support 1.76900 dan 1.75200 dilihat sebagai paras-paras penurunan yang berpotensi untuk dicapai. Terus ikuti perkembangan runding Brexit dan perang dagang bagi memantau pergerakan harga bagi GBP/AUD.

Paras support: 1.78116, 1.76880, 1.75536.
Paras resistance: 1.80696, 1.82040, 1.83276.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat