Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 17/12/2018

415

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan Jumaat telah menunjukkan penurunan harga dari paras tertinggi dagangan minggu lalu. Harga telah turun lebih rendah dari paras Magic Pivot sebelum turun melepasi paras support MagicS1 dan hampir mencecah penurunan ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali pantul semula dan menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras tumpuan harga 142.700. Jika sentimen pasaran kekal berisiko dan menyokong nilai matawang Yen, Sterling yang terus didagangkan berisiko akan menunjukkan harga semakin bergerak menurun.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak mendatar di sekitar paras 142.700 sejak awal sesi Asia bermula sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga yang bergerak perlahan itu dilihat berada sedikit rendah dari paras Magic Pivot 142.954 hari ini. Jika harga gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, harga berkemungkinan akan membuat penurunan menuju ke paras support 142.056 (MagicS1). Kemudian harga akan kembali menguji paras terendah semasa pada chart GBP/JPY di sekitar paras support 141.459 (MagicS2) di mana jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 140.561 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras resistance yang berada di 143.551 (MagicR1). Harga yang berjaya melonjak lebih tinggi kemudiannya dijangka akan menguji paras resistance pada 144.449 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Dan sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 145.046 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan Brexit pada minggu ini pula namun turut beri perhatian terhadap perubahan pada sentimen pasaran semasa yang terus mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dengan menjadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan utama dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 142.056, 141.459, 140.561.

Paras resistance: 143.551, 144.449, 145.046.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat