Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 2/1/2019

410

Matawang Sterling pada dagangan Isnin hari terakhir 2018 menunjukkan kenaikan berbanding matawang Yen di mana harga telah membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga kembali ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot pada sesi pasaran New York setelah Yen kembali mengukuh dalam suasana pasaran yang kekal berisiko. Jika sentimen yang berisiko terus menguasai pasaran, Yen dijangka akan terus mendominasi sementara pelabur menunggu perkembangan penting Brexit untuk dagangan Sterling.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang bergerak rendah dari paras Magic Pivot 140.058 hari ini terus menunjukkan penurunan dan telah breakout paras support 139.500 sebelum ini dan menguji paras support 139.252 (MagicS1) bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika harga terus bergerak turun ke paras lebih rendah, harga dijangka akan terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru ke paras support 138.701 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya berkemungkinan boleh mencecah ke paras sekitar support pada 137.895 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali melonjak semula sehingga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan kenaikan awal harga akan menuju ke paras resistance pada 140.609 (MagicR1). Kemudian, harga yang kekal meneruskan kenaikan akan menjadikan paras resistance 141.415 (MagicR2) sebagai paras tumpuan seterusnya di mana paras tersebut dilihat berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Dan sedikit lagi kenaikan lebih tinggi harga bakal mencapai paras ketinggian baru di sekitar 141.966 (MagicR3).

Ikuti perkembangan Brexit untuk Januari serta data ekonomi Britain untuk minggu ini dan juga sentimen pasaran semasa di mana akan memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Sentiasa kawal risiko dalam dagangan anda dan untuk analisis teknikal pula, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan anda bagi mendapatkan hasil analisis harian yang terbaik.

 

Paras support: 139.252, 138.701, 137.895.

Paras resistance: 140.609, 141.415, 141.966.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat