Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 2/10/2018

906

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY semalam telah melonjak sehingga melepasi paras resistance MagicR2 sebelum harga kembali membuat penurunan semula dan menutup harga lebih rendah dari paras resistance MagicR1 semalam. Lonjakan harga yang dibuat berikutan faktor pasaran yang melihat rundingan Brexit kembali positif setelah Perdana Menteri UK, Theresa May bersedia untuk memberi tawaran yang signifikan kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha untuk mencapai persetujuan dalam rundingan.

Namun, pada sesi pasaran Asia hari ini, harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot 148.687 hari ini seawal sesi bermula sehingga melepasi paras support 147.957 (MagicS1) pada sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada pada paras 147.870 setakat jam 3.48 petang. Sepertinya harga ingin meyambung penurunan menuju ke paras support 147.437 (MagicS2) dan jika harga terus turun lebih rendah, berkemungkinan harga akan menguji paras tumpuan harga yang berada paras 147.00. Seterusnya jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga boleh turun lebih rendah sehingga mencecah paras support 146.707 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak ke paras lebih tinggi semula, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 149.207 (MagicR1) yang berada pada paras ketinggian yang dicapai harga semalam. Jika harga mampu membuat kenaikan lebih tinggi, harga berkemungkinan untuk membuat Higher High yang baru dan paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai adalah sekitar paras resistance 149.937 (MagicR2) atau lebih tinggi lagi di paras resistance 150.457 (MagicR3).

Pasaran masih melihat perkembangan rundingan Brexit yang lemah bakal memberi kesan terhadap nilai matawang sterling. Pantau perkembangan rundingan Brexit dan sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY serta lihat indicator Moshed Magic Line untuk rujukan paras-paras tumpuan harga.

 

Paras support: 147.957, 147.437, 146.707.

Paras resistance: 149.207, 149.937, 150.457.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat