Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 2/11/2018

446

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY yang terus membuat kenaikan seperti tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan telah berjaya melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line pada sesi dagangan semalam. Matawang Yen yang terjejas dengan sentimen pasaran yang kembali pulih diambil kesempatan oleh Sterling yang mengukuh untuk terus melonjakkan harga ke paras harga lebih tinggi. Kenaikan harga semalam dilihat telah berjaya melepasi paras SBR (support become resistance) di 145.600 dan seterusnya mencapai ketinggian pada paras SBR 146.600 dan menguji paras tersebut pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga di sekitarnya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang berlegar di sekitar paras ketinggian semalam dan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 145.757, akhirnya telah menyambung semula kenaikan dan menuju ke paras resistance 147.497 (MagicR1) bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika GBP terus mendapat keyakinan para pelabur, berkemungkinan akan memberi kesan kepada harga pada GBP/JPY untuk terus melonjak dan menuju ke paras yang lebih tinggi dan dilihat akan ke paras resistance 148.625 (MagicR2). Jika momentum kenaikan harga terus positif, harga boleh mencapai paras ketinggian sehingga ke paras resistance pada 150.365 (MagicR3) untuk harga mengatasi paras ketinggian sebelum ini yang dicapai pada September lalu.

Namun, seperti sedia maklum, rundingan Brexit seringkali memberikan kejutan dalam pasaran dan reaksi pelabur terus dapat dilihat pada perubahan nilai matawang Sterling. Jika Sterling kembali didagangkan berisiko, harga berkemungkinan untuk menjunam semula dan akan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 145.757 dan menuju ke paras support pada 144.629 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya djangka akan menguji semula paras terendah semasa harga sekitar paras support 142.889 (MagicS2). Jika sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras lower low yang baru dan berkemungkinan akan ke paras support pada 141.761 (MagicS3) yang dilihat juga sebagai paras yang menjadi tumpuan harga.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan perhatikan sebarang faktor yang memberi kesan terhadap perubahan dalam sentimen pasaran semasa kerana faktor-faktor ini banyak mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan untuk memantapkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 144.629, 142.889, 141.761.

Paras resistance: 147.497, 148.625, 150.365.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat