Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 26/10/2018

510

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat masih meneruskan siri penurunan harga yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu dengan Yen terus mendapat manfaat dari dagangan pasaran yang berisiko. Pada dagangan semalam, harga cuba untuk membuat kenaikan ke paras Magic Pivot, namun Sterling yang didagangkan lebih lemah berbanding Yen terus melihatkan harga bergerak ke paras lebih rendah. Pasaran masih melihat GBP sebagai dagangan yang berisiko dengan ketidaktentuan Brexit dan juga tempias daripada isu krisis bajet Itali yang menjejaskan Euro.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 144.340 hari ini dan telah membuat penurunan sehingga ke paras support 143.666 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga dilihat masih cuba menguji paras tersebut di mana harga semasa berada pada paras 143.550 setakat jam 3.42 petang. Harga yang masih meneruskan penurunan dijangka akan menembusi pula paras support pada 143.315 (MagicS2) sebelum harga bakal menguji paras support 142.641 (MagicS3) untuk mengatasi paras terendah yang dicapai pada September lalu.

Namun, jika harga kembali melonjak semula ke paras lebih tinggi dari paras Magic Pivot, harga bakal menuju ke paras resistance yang terdekat terlebih dahulu pada 144.691 (MagicR1). Kemudiannya, harga yang terus menyambung kenaikan dijangka akan ke paras resistance 145.365 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Turut berada pada zon SBR tersebut adalah resistance 145.716 (MagicR3) di mana kedua-dua paras tersebut bakal diuji harga sebelum meneruskan kenaikan ke paras yang lebih tinggi.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Perhatikan paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY dengan merujuk kepada paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 143.666, 143.315, 142.641.

Paras resistance: 144.691, 145.365, 145.716.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat