Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 31/1/2019

452

Dagangan pada chart pasangan matawang GBP/JPY agak mendatar semalam apabila kedua-dua matawang masih berada dalam keadaan seimbang. Sterling cuba untuk melonjakkan harga namun hanya mampu menguji paras Magic Pivot sahaja pada indicator Moshed Magic Line sebelum Yen kembali menekan harga ke paras support 142.700. Pasaran akan terus menantikan tindakan susulan daripada Perdana Menteri Britain, Theresa May setelah pindaan pada pelan Brexit ditolak pada undian Parlimen awal pagi semalam. Jika Yen berjaya mengukuh, Sterling akan terus menerima tekanan dan pergerakan harga akan menunjukkan kejatuhan.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga masih bergerak mendatar di antara julat paras 142.700 dan Magic Pivot 143.105. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, harga bakal menuju ke paras support terdekat iaitu pada 142.615 (MagicS1). Penurunan yang diteruskan harga dijangka akan ke paras support yang lebih rendah dilihat berada di paras 142.239 (MagicS2) sebelum harga menguji zon tumpuan pada chart GBP/JPY di paras sekitar 141.749 (MagicS3).

Namun jika harga berjaya melonjak bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras ketinggian dagangan semalam sekitar resistance 143.481 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga disambung lagi dan harga bakal menuju pula ke paras sekitar 143.971 (MagicR2). Paras ketinggian yang dicapai pada dagangan Selasa turut dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan pada kenaikan harga seterusnya di mana jangkaan harga akan mencapai paras resistance 144.347 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan Brexit yang merisikokan dagangan Sterling dalam masa terdekat ini dan apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh PM May untuk mencari jalan penyelesaian. Sentiasa kawal risiko dalam dagangan anda dan untuk analisis teknikal, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan anda bagi menentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 142.615, 142.239, 141.749.

Paras resistance: 143.481, 143.971, 144.347.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat